Tuesday, August 31, 2010

Hadirnya sinar harapan.....

   Alangkah indahnya hidup ini disaat-saat aku hampir putus asa hadirnya insan-insan yang sudi membantu aku untuk sedar akan amanah yang telah diberi olehNya padaku yang telah kuabaikan hanya kerana sedikit ujian. Baru kusedar perjuanganku masih belum selesai dan masih jauh lagi. Bangkitnya aku dari lena yang panjang dan kini kusedar betapa besarNya kuasa dan keangunganNya. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun aku bersujud dan berserah padaMu dan aku yakini setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.....

  Kini dapat kurasakan segala yang kulakukan berjalan dengan lancar dan aku amat bersyukur padaMu kerana memberikan aku sinar dan harapan. Buat sahabat dan keluargaku terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa sudi membantu dan membawa aku kembali ke landasan yang benar. Betapa aku amat beruntung kerana aku tidak tersesat jauh dari landasan yang sepatutnya. Apa yang pasti aku sudah mula sedar kata-kata manis bukan kata-kata yang hadir dari sudut hati yang ikhlas. Kata-kata nasihat itulah sebenarnya kata-kata yang hadir dari hati yang ikhlas. Sabar, amanah dan ikhlas serta redha adalah kunci pada kehidupan ini......

  Semakin hari semakin kukenali diriku dan semakin ku mengenali diri semakin ku rasa dekat padaNya.Ya Allah janganlah kau biarkan aku lena dan lalai dalam dakapan duniawi berikan aku kekuatan untuk terus berada dalam cahayaMu....Merdeka aku dalam hidup ini kerana aku sudah mengenali diriku dan aku tahu apa yang kuingini dalam hidup ini. Aku hanya inginkan keredhaan dari Allah Yang Maha Esa.... Apa yang ingin kulakukan adalah sesuatu yang manjadi amanah dalam hidupku. Semangat juangku tidak akan rapuh selagi aku berlindung disebalik KuasaMu Allah Maha Pencipta.

  Hadirnya aku kini bukan hanya untuk menjadi khalifah Allah semata-mata tapi untuk memperjuangkan amanah dari Allah. Menjadi kahlifah dimuka bumi ini tidak semudah yang disangka namun tidak sukar kalau aku tahu akan kewujudan ku..... Asal usul kejadian manusia itu sama yang membezakannya hanya ilmu dan amalan yang dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.Jangan aku menjadi bongkak dan lupa pada diriku kerana ia akan menghancurkan aku. Ya Allah moga apa yang kuimpikan akan dapat kucapai dan laksanakan dan sesungguhnya hanya padaMu aku berserah seluruh jiwa dan raga.

  Memberi dan menerima itulah yang ingin kupratikkan dan bukan hanya menerima sahaja. Aku sentiasa yakin pada setiap perkara yang berlaku pasti akan dapat pembalasan tidak kira cepat atau lambat. Kadangkala sebagai manusia aku juga alpa dan lalai dengan keindahan duniawi namun Alhamdullillah ada insan yang sudi menegur dan menyedarkan aku. Allah itu Maha Pengasih kerana sayangkan aku maka diutuskan insan yang sudi menegur dan menyedarkan aku. Doa ku semoga aku akan menjadi manusia yang tahu bersyukur dan bukan manusia yang kufur pada nikmatNya.

   Penampilan seseorang bukan penentu akan sikap dan perangai yang sebenar. Janganlah kita sebagai manusia terlalu cepat menghukum kerana itu bukan hak kita. Menghukum itu adalah hak Allah jangan kita rasa kita mempunyai ilmu agama yang tinggi maka kita berhak menghukum orang lain. Kita harus sedar kita hanya khalifah dibumi Allah. Allah itu Maha Mengetahuai yang tersurat dan yang tersirat, maka sebagai manusia kita janganlah suka melihat orang lain dengan pandangan yang serong. Iman bukan sesuatu yang boleh diturunkan tetapi ia adalah sesuatu yang perlu kita cari dan pelajari serta dipraktikan.

   Adakala orang yang terlalu banyak berkata-kata itu akan menjadi kufur nikmat.Dan yang berdiam itu bukan kerana dia tidak berilmu tetapi baginya kata-kata yang perlu akan diluahkan pada masa dan waktu yang tepat agar ada yang tidak terluka dan terguris. Dosa sesama manusia adalah dosa yang amat berat kerana kalau kita berdosa pada Allah kita boleh memohon pengampunan dan bertaubat kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun tapi dosa kita sesama manusia hanya manusia itu yang boleh memaafkan kita. Sukar untuk mendapatkan kemaafan dari manusia melainkan dia sememangnya seorang yang pemaaf. Jadilah kita manusia yang pemaaf dan bukan pendendam. Sabar itu sifat yang mulia......

Friday, August 27, 2010

Yang tersurat pasti ada yang tersirat......

Percayakah kita pada takdir penentu segalanya.....atau kita yang menentukan takdir kita sendiri. Tidak akan ada manusia itu yang mahukan kehidupan yang sukar namun kita pasti akan berhadapan dengan masa yang sukar.... Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui disaat hidup kita sukar pasti akan diutuskannya insan-insan yang berhati mulia yang ikhlas ingin membantu dan meleraikan sesuatu yang yang kusut. Bukan hanya wang ringgit yang jadi ukuran tapi nasihat yang membuka minda itu lebih penting. Ilmu dan pengetahuan bukan disimpan untuk diri sendiri tapi dikongsi mudah-mudahan akan menjadi berguna pada orang lain.

 Perjalanan ini panjang dan kita hanya mampu merancang dan berdoa pada yang Esa moga segalanya lancar. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan menyakini akan jalan yang kita pilih itu andainya ia benar pasti Allah akan permudahkan. Hari ini aku merasa ketenangan kerana hadirnya insan-insan yang sudi dan ikhlas datang membantu membuka minda dan fikiran, secara perlahan-lahan merungkai segala kekusutan. Aku benar-benar berharap agar seluruh keluargaku akan bertambah teguh bersatu dan erat dalam menghadapi segala musibah dan dugaan. Ku pasakkan dalam jiwaku Allah itu lebih maha Agung dan kekuasaan tiada tandingannya.

 Dalam kesamaran hadirnya Nur memberi ketenangan dan kesabaran ku semakin mampu kupertahan. Dalam kepayahan pasti ada kesenangan. Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat dan tersembunyi. Mencari dan merungkai maksud yang tersembunyi dalam setiap kejadian. Adakala melihat secara mata kasar kita belum tentu dapat menilai hati budi manusia. Mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, otak untuk berfikir, hati untuk menilai dan anggota badan untuk bertindak gunakanlah sebaik mungkin. Aku masih mencari diri aku akhirnya kutemui jawapan pada setiap persoalan. Kini aku semakin yakin untuk melangkah maju ke depan.
 
 Terungkai sudah seribu permasalahan yang melanda setiap kejadian. Biarpun kenyataan tidak semanis mimpi tapi yang pahit itu ubat.    

 

Monday, August 23, 2010

Duka ku....

  Apabila diri dihina dan diperlakukan sesuka hati oleh ahli keluarga yang disangka ingin membantu terasa hancur luluh hati ini. Perlukah nasihat dengan cara dihina dan dipukul oleh seorang yang bergelar adik. Mengadu pada keluarga yang lain aku juga yang dipersalahkan. Nasib baik ada juga insan yang bergelar abang walaupun orang luar namun menganggap diri ini sebagai adiknya sudi membantu, salahkah aku kerana buntu dalam hidup ini. Buat abangku terima kasih kerana sudi bersama-sama membantu aku menyelesaikan masalah dan bukan menambah beban di jiwa aku. Apa yang ku harapkan sokongan bukannya hinaan andaikata katanya hinaan itu akan membina betulkah? Bagaimana perasaannya jika suatu masa nanti dia akan menerima nasib yang sama dan orang akan melayannya seperti itu juga. Benar katanya dia seorang hebat kerana mampu selesaikan semua masalah tetapi dugaan dari Allah berbeza pada umatNya. Dan bukan semua manusia itu memiliki sifat yang sama.
  
    Aku akan teruskan hidup ini dengan cara aku dan bukannya mengikut aturan orang. Biarpun aku hanya menumpang teduh dirumah adik aku tetapi tidak bermakna dia berhak mengatur hidup aku. Katanya aku hanya tahu bercakap namun tidak berusaha namun pernahkan dia tahu apa yang aku lakukan. Adakalanya melakukan sesuatu itu tidak perlu dihebohkan. Begitu juga dengan aku. Minatku ada menulis kisah hidupku dilaman ini. Mudah-mudahan ada insan yang membaca dan akan memahami situasi aku. Ini adalah cara aku untuk menghiburkan hatiku yang lara.....

   Benarkah aku tidak sayangkan anak-anakku.... Andai aku tidak sayangkan mereka pasti aku akan tinggalkan mereka. Kerana sayanglah aku korbankan apa saja termasuk kebahgian aku demi mereka. Kerana sayanglah kadangkala aku terpaksa meminta bantuan dari teman-temanku untuk membeli makanan untuk mereka. Demi merekalah aku masih bertahan dan hidup dimuka bumi ini. Tanpa mereka pasti aku sudah lenyap ditelan bumi.... Kalau ingin katakan aku tidak pentingkan pelajaran kerana tidak sekolahkan mereka selama 1 bulan ingin kutanyakan kembali bolehkah aku sekolahkan mereka sedangkan untuk makan pun aku perlu harapkan ihsan orang. Dan andaikatanya setakat belanja mereka akan membantu pasti mereka dah bantu dan bukannya hanya tahu marah saja. Menyuruh aku daftar kan anak tapi aku sendiri tidak tahu dimana tempatnya dan tidak ada siapa pun yang ingin bawa aku tempat itu dan suruh aku buat sendiri. Tapi Alhamdulillah Allah itu maha kaya diutuskan seorang insan yang bergelar abang untuk membantu aku untuk uruskan persekolahan anak-anakku. Terima kasih buat abang suami isteri.....

Sunday, August 22, 2010

Walaupun hatiku rasa sunyi namun aku tidak mahu mencuba lagi...terlalu perit rasanya bila dilukai lagi, biarlah aku sendiri menjalani hidup ini. Anak-anak menjadi peneman yang setia. Aku ingin dicintai tapi aku sukar untuk mencintai lagi. Semoga akan ada insan yang mampu membuka pintu hatiku kembali. Biarla takdir menentukan segalanya.
Tatkala hati semakin rapuh ada juga insan sudi menolong.... terima kasih buat abangku kerana sanggup menjadi pendengar dan memujuk hati ini. Beban yang dipikul terasa ringan dengan bantuannya. Namun sunyi yang ku rasa tetap akan hadir...walau aku dikelilingi insan-insan yang sayang dan mengambil berat padaku. Masih adakah insan yang akan sudi mencintai ku seikhlas hati......

Saturday, August 21, 2010

realiti kehidupan seorang wanita bergelar ibu tunggal

kehidupan yang nampak amat mudah namun hakikatnya amat perit. Sentiasa mempamerkan senyuman hanya sekadar untuk menutup wajah duka dan kelukaan yang amat perit. Tabah untuk menangkis segala tohmahan dan hinaan namun insan sekeliling melihat hanya kelemahan. Lemahkah bila hanya berdiam tatkala diri dimalukan atau sekadar mendengar dan berdiam untuk berfikir. Berdiam bukan beerti kita kalah tapi itu menunjukkan berkata adakala hanya omongan kosong tapi berdiam untuk berfikir sebelum berkata dan kata-kata itu bermakna.......