Monday, August 23, 2010

Duka ku....

  Apabila diri dihina dan diperlakukan sesuka hati oleh ahli keluarga yang disangka ingin membantu terasa hancur luluh hati ini. Perlukah nasihat dengan cara dihina dan dipukul oleh seorang yang bergelar adik. Mengadu pada keluarga yang lain aku juga yang dipersalahkan. Nasib baik ada juga insan yang bergelar abang walaupun orang luar namun menganggap diri ini sebagai adiknya sudi membantu, salahkah aku kerana buntu dalam hidup ini. Buat abangku terima kasih kerana sudi bersama-sama membantu aku menyelesaikan masalah dan bukan menambah beban di jiwa aku. Apa yang ku harapkan sokongan bukannya hinaan andaikata katanya hinaan itu akan membina betulkah? Bagaimana perasaannya jika suatu masa nanti dia akan menerima nasib yang sama dan orang akan melayannya seperti itu juga. Benar katanya dia seorang hebat kerana mampu selesaikan semua masalah tetapi dugaan dari Allah berbeza pada umatNya. Dan bukan semua manusia itu memiliki sifat yang sama.
  
    Aku akan teruskan hidup ini dengan cara aku dan bukannya mengikut aturan orang. Biarpun aku hanya menumpang teduh dirumah adik aku tetapi tidak bermakna dia berhak mengatur hidup aku. Katanya aku hanya tahu bercakap namun tidak berusaha namun pernahkan dia tahu apa yang aku lakukan. Adakalanya melakukan sesuatu itu tidak perlu dihebohkan. Begitu juga dengan aku. Minatku ada menulis kisah hidupku dilaman ini. Mudah-mudahan ada insan yang membaca dan akan memahami situasi aku. Ini adalah cara aku untuk menghiburkan hatiku yang lara.....

   Benarkah aku tidak sayangkan anak-anakku.... Andai aku tidak sayangkan mereka pasti aku akan tinggalkan mereka. Kerana sayanglah aku korbankan apa saja termasuk kebahgian aku demi mereka. Kerana sayanglah kadangkala aku terpaksa meminta bantuan dari teman-temanku untuk membeli makanan untuk mereka. Demi merekalah aku masih bertahan dan hidup dimuka bumi ini. Tanpa mereka pasti aku sudah lenyap ditelan bumi.... Kalau ingin katakan aku tidak pentingkan pelajaran kerana tidak sekolahkan mereka selama 1 bulan ingin kutanyakan kembali bolehkah aku sekolahkan mereka sedangkan untuk makan pun aku perlu harapkan ihsan orang. Dan andaikatanya setakat belanja mereka akan membantu pasti mereka dah bantu dan bukannya hanya tahu marah saja. Menyuruh aku daftar kan anak tapi aku sendiri tidak tahu dimana tempatnya dan tidak ada siapa pun yang ingin bawa aku tempat itu dan suruh aku buat sendiri. Tapi Alhamdulillah Allah itu maha kaya diutuskan seorang insan yang bergelar abang untuk membantu aku untuk uruskan persekolahan anak-anakku. Terima kasih buat abang suami isteri.....

No comments:

Post a Comment