Tuesday, August 31, 2010

Hadirnya sinar harapan.....

   Alangkah indahnya hidup ini disaat-saat aku hampir putus asa hadirnya insan-insan yang sudi membantu aku untuk sedar akan amanah yang telah diberi olehNya padaku yang telah kuabaikan hanya kerana sedikit ujian. Baru kusedar perjuanganku masih belum selesai dan masih jauh lagi. Bangkitnya aku dari lena yang panjang dan kini kusedar betapa besarNya kuasa dan keangunganNya. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun aku bersujud dan berserah padaMu dan aku yakini setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.....

  Kini dapat kurasakan segala yang kulakukan berjalan dengan lancar dan aku amat bersyukur padaMu kerana memberikan aku sinar dan harapan. Buat sahabat dan keluargaku terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa sudi membantu dan membawa aku kembali ke landasan yang benar. Betapa aku amat beruntung kerana aku tidak tersesat jauh dari landasan yang sepatutnya. Apa yang pasti aku sudah mula sedar kata-kata manis bukan kata-kata yang hadir dari sudut hati yang ikhlas. Kata-kata nasihat itulah sebenarnya kata-kata yang hadir dari hati yang ikhlas. Sabar, amanah dan ikhlas serta redha adalah kunci pada kehidupan ini......

  Semakin hari semakin kukenali diriku dan semakin ku mengenali diri semakin ku rasa dekat padaNya.Ya Allah janganlah kau biarkan aku lena dan lalai dalam dakapan duniawi berikan aku kekuatan untuk terus berada dalam cahayaMu....Merdeka aku dalam hidup ini kerana aku sudah mengenali diriku dan aku tahu apa yang kuingini dalam hidup ini. Aku hanya inginkan keredhaan dari Allah Yang Maha Esa.... Apa yang ingin kulakukan adalah sesuatu yang manjadi amanah dalam hidupku. Semangat juangku tidak akan rapuh selagi aku berlindung disebalik KuasaMu Allah Maha Pencipta.

  Hadirnya aku kini bukan hanya untuk menjadi khalifah Allah semata-mata tapi untuk memperjuangkan amanah dari Allah. Menjadi kahlifah dimuka bumi ini tidak semudah yang disangka namun tidak sukar kalau aku tahu akan kewujudan ku..... Asal usul kejadian manusia itu sama yang membezakannya hanya ilmu dan amalan yang dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.Jangan aku menjadi bongkak dan lupa pada diriku kerana ia akan menghancurkan aku. Ya Allah moga apa yang kuimpikan akan dapat kucapai dan laksanakan dan sesungguhnya hanya padaMu aku berserah seluruh jiwa dan raga.

  Memberi dan menerima itulah yang ingin kupratikkan dan bukan hanya menerima sahaja. Aku sentiasa yakin pada setiap perkara yang berlaku pasti akan dapat pembalasan tidak kira cepat atau lambat. Kadangkala sebagai manusia aku juga alpa dan lalai dengan keindahan duniawi namun Alhamdullillah ada insan yang sudi menegur dan menyedarkan aku. Allah itu Maha Pengasih kerana sayangkan aku maka diutuskan insan yang sudi menegur dan menyedarkan aku. Doa ku semoga aku akan menjadi manusia yang tahu bersyukur dan bukan manusia yang kufur pada nikmatNya.

   Penampilan seseorang bukan penentu akan sikap dan perangai yang sebenar. Janganlah kita sebagai manusia terlalu cepat menghukum kerana itu bukan hak kita. Menghukum itu adalah hak Allah jangan kita rasa kita mempunyai ilmu agama yang tinggi maka kita berhak menghukum orang lain. Kita harus sedar kita hanya khalifah dibumi Allah. Allah itu Maha Mengetahuai yang tersurat dan yang tersirat, maka sebagai manusia kita janganlah suka melihat orang lain dengan pandangan yang serong. Iman bukan sesuatu yang boleh diturunkan tetapi ia adalah sesuatu yang perlu kita cari dan pelajari serta dipraktikan.

   Adakala orang yang terlalu banyak berkata-kata itu akan menjadi kufur nikmat.Dan yang berdiam itu bukan kerana dia tidak berilmu tetapi baginya kata-kata yang perlu akan diluahkan pada masa dan waktu yang tepat agar ada yang tidak terluka dan terguris. Dosa sesama manusia adalah dosa yang amat berat kerana kalau kita berdosa pada Allah kita boleh memohon pengampunan dan bertaubat kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun tapi dosa kita sesama manusia hanya manusia itu yang boleh memaafkan kita. Sukar untuk mendapatkan kemaafan dari manusia melainkan dia sememangnya seorang yang pemaaf. Jadilah kita manusia yang pemaaf dan bukan pendendam. Sabar itu sifat yang mulia......

No comments:

Post a Comment