Thursday, September 30, 2010

Kasihku disini....

    Walau ke mana aku pergi walau di mana aku berada kasihku tetap disini. Aku tetap akan kembali bila mana aku dikehendaki. Kerana kasih tidak akan sekali aku biarkan dirimu sendiri kerana kau puteriku. Telah ku pesan berkali-kali aku akan tetap ada disisi selagi diri dirindui oleh sang puteri kesayangan. Kaulah kasih kaulah permata hati hadirmu menjadi penyeri. Selembut sutera sesejuk air dikali itu caraku memberi nasihat kerana ku tahu puteriku hatimu begitu halus walau cuba kau sembunyi.Tidak sekali-kali aku meninggi suara kerana rajukmu amat panjang sekali. Begitulah kasihku padamu puteri manjaku.

   Selawat dan salam sering ku dodoi buat tidurmu agar lena dan tenang. Kerana kukenali apa yang kau minati. Walaupun kau sudah dimiliki namun kasihku tetap akan bersamamu selamanya. Air dicincang tak akan putus begitu jualah kita wahai puteri. Walau diri tidak lagi kau kenali namun aku tetap ada dihati. Selagi ada bulan dan matahari telah ku berjanji untuk menjaga kau wahai sang puteri. Kasihku kasih sejati walau cintamu untuk dirinya. Kerana aku tahu segalanya adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Berteman aku dengan sepi namun aku bahagia kerana lihat kau tersenyum bahgia. Biarlah aku menjadi penjaga menghalang segala niat buruk manusia kerana kasihku yang tidak berbelah bahagi buat dirimu sang puteri.

   Ku tahu aku kau rindui walau diri tidak kau kenali lagi. Setiap kali kau mendengar bacaan ayat-ayat suci setiap kali kau mendengar alunan marhaban selawat dan salam aku tahu kau rindui diri ini. Kita pernah manjadi teman namun cintamu bukan buat diriku. Cintamu pada sang panglima laksamana gagah perkasa yang bijak berkata-kata. Kerana kasih akan dirimu kutemani kau mencari dia sang kekasih hati. Sanggup aku mengkhianati adik-beradikku demi mempertahan kalian berdua. Kita sentiasa bersama berpadu tenaga membantu sang panglima laksamana terbilang dalam diam tanpa dia sedar.Setiapkali ku lihat kesakitanmu setiap kali ku lihat air matamu aku menjadi sedih. Telah aku berjanji bersumpah setia tidak akan biarkan kau menanggungnya sendiri. Aku akan sentiasa menjaga dirimu wahai puteri walau kemana kau pergi.Usah kau risau usah kau gusar kau tetap dihati. Akan aku setiasa berada disisi didalam jaga dan tidurmu.

    Tidak pernah terlintas dihati untuk pergi apatah lagi menjauhkan diri aku tetap akan berada sisi kerana kau puteri pujaan hati. Usah kau gentar usah kau sangsi teruskan langkahmu memberi bakti kerana aku akan sentiasa disisi membantu. Kerana kasihku padamu wahai sang puteri biarlah aku menjadi lilin membakar diri agar kau tersenyum bahgia. Aku, kau dan dirinya akan tetap bersama menjadi satu buat selamanya. Aku akan sentiasa berada disisi wahai puteri yang kukasihi.............




Sunday, September 26, 2010

Dugaan.....

      Walauapapun dugaan dan cabaran yang aku hadapi untuk melepaskan dirimu tidak mungkin. Sesungguhya cinta kita bersatu kerana Allah dan segala yang berlaku adalah dugaan untuk meguji sekukuh mana cinta kita. Usah risau dan bimbang kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang pasti dia akan selalu bersama-sama dengan kita. Aku tetap akan menantimu walau seribu tahun lagi itulah janji setia yang terpatri antara kau dan aku. Zaman-berzaman kita bersama susah dan senang kita tempuhi bersama tidak mungkin aku akan mengalah hanya kerana dugaan ini cuma......

Sayang.....,
       Aku pasti kau akan berjaya mengharungi semua cabaran yang datang doaku dan adik-adikmu akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu.....Usah dirisau tetang hatiku kerana akulah manja milikmu dan kau sayangku. Cahaya kasihmu sentiasa menyinari hidupku walau kita berjauhan aku tetap dapat merasa degupan jatungmu, hangatnya dakapanmu dan terasa nafasmu bersatu denganmu...... Cinta kita setulus dan semurni embun pagi. Sayang setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan aku pasti kita pasti akan berjaya harungi.....
Kau dan aku akan tetap menyatu kerana dalam aku ada kau dan begitu sebalikya.

    Aku akan tetap disini sebagaimana setianya Puteri Gunung Ledang menanti kekasihya Hang Tuah. Dua jiwa satu hati kita bersatu kerana Allah yang Satu. Ingatlah amanah kita belum terlaksana..... Setiap kesakitan yang kau rasa aku juga dapat merasakannya. Dukamu menjadi dukaku kita berkongsi segalanya bila aku nyatakan aku manjamu dan kau sayangku. Usah dirisau usah diragukan sesungguhnya kau yang meminta maka telah diberinya. Temuilah aku dalam aku pasti kau akan tahu jawapanya. Serulah aku panggillah aku kerana kami sudah menyatu......

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam......
    Bantulah aku dan diriya menghadapi setiap dugaan dan cabaran, sesungguhnya hanya kepadaMu kami meminta.Cinta aku padamu akan terus mekar selagi ada matahari dan bulan. Aku adalah milikmu dan Allah yang Satu. Bersama kita kerana rasa cinta pada Allah yang Esa. Bimbinglah aku kerana kau adalah kekasihku..... Kasih kita mekar selamanya bersumpah kita pada yang Esa. Telah ditakdir di Loh Mahfuz sesungguhnya kita telah ditakdirkan untuk bersatu.




Thursday, September 23, 2010

Perjuangan yang baru bermula....

    Tidak pernah aku berahsia hanya sekadar menyimpan rasa. Tidak semua mampu aku luahkan namun kau tetap tahu. Kau pujuk hatiku dengan seloka dan gurindam kerana kau tahu halusnya jiwaku. Aku perlihatkan sikapku yang kasar ku perlihatkan sikapku yang tegas namun yang kau lihat kelembutan dan ketulusan hatiku menyayangi dirimu. Biarpun ramai yang memandang serong pada penampilanku namun kau tetap pertahankan kerana katamu kau memandang apa yang tersirat dan bukan yang tersurat. Kau memandangku dengan makrifat bukan sekadar hakikat. Biarpun tidak kufahami maksudmu namun aku bersyukur kerana kasihmu yang tulus dan jujurnya sikapmu.
  
    Begitu hebatnya cintamu kau menyintaiku kerana Allah bukan sebab hawa nafsu. Kau memilih aku perjuangan yang sama, berjuang demi bangsa dan tanahair kerana ia jalan yang diredhai Allah. Walau kita berbeda cara namun berjuang demi yang hak untuk mengalahkan yang batil. Bangsaku, agamaku dan tanahairku disitu kita kongsi rasa kecintaan yang sama. Sesungguhnya Allah itu Esa dan Maha Bijaksana diaturnya kita bertemu dalam tak sedar aku suka pada dirimu. Setiap detik kita lalui bersama kau tanamkan aku semangat untuk terus berjuang. Walau terkadang aku ingin berundur kau tetap berdiri teguh dibelakangku  mendorong aku untuk terus mara.

  Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Mengetahui......hadirnya dia memberi aku seribu harapan untuk aku teruskan cita-citaku untuk berjuang di jalan yang diredhai. Disuntiknya semangat untukku terus berkarya walau hakikatnya aku hanyalah insan yang biasa tidak punya cukup ilmu didada namun berkat doamu Allah berikan aku ilham untuk terus menulis. Tidak akan mungkin aku akan bisa melakukan semua ini jika tiada bantuan dari Ilahi. Sesungguhnya kaulah pujaan hatiku kerana tidak pernah sedetik kau jatuhkan semangat juangku malahan kaulah yang sering memberi perangsang disaat aku goyah. Walaupun insan lain mencerca kau tetap jua berkata bahawa mereka tidak melihat permata kerana hitamnya hati mereka. Tersenyum aku kembali dan semangat aku kembali berkobar-kobar.

  Aku berjuang bukan kerana nama dan kemewahan aku berjuang kerana Allah. Aku bukan seorang yang bisa mengangkat senjata namun aku bisa berkata-kata. Kaulah laksamana yang berperang tetapi aku hanya puteri yang akan menjadi pendorong. Berbeda cara namun bersama berkongsi rasa untuk pertahankan bangsa dan agama. Tak melayu hilang didunia itulah katamu.....dan aku sering menambah melayu akan hilang haknya andai terus lena dan berpecah-belah. Hanya kerana berbeza pendapat dan politik bangsa melayu saling bercakaran, caci-mencaci dan berpecah-belah hingga mengundang bahaya. Tidak sedarkah kita bahawa andai kita terus-terusan begini bangsa kita akan mengemis dibumi sendiri. Mahukah kita senasib dengan rakyat Palestin yang menderita hingga kita. Bangkitlah bangsaku sedarlah.....

  Tidak akan pernah aku rela bangsaku menjadi bangsa yang menumpang ditanahairnya sendiri. Sedarlah wahai bangsaku melayu itu amat bijaksana andaikata kita pandai menggunakan akal kita. Tidak terfikirkah mengapa bangsa lain begitu berusaha untuk cuba memecah-belahkan bangsa melayu sudah tentu kerana mereka sedar betapa melayu itu mempunyai semangat juang yang amat tinggi dan amat bijaksana akalnya. Biar nyawa berpisah dari jasad aku tetap akan pertahankan hak bangsa melayu. Dengan bangga aku katakan aku berbangsa melayu yang beragama islam. Biarlah orang lain memandang serong padaku hanya kerana penampilan aku. Namun aku akan terus berjuang walau hanya dengan berkata-kata. Bisanya kata-kata adalah lebih berbisa dari luka dihiris pedang. Perjuangan aku masih terlalu jauh dan aku hanya bermula selangkah cuma. Berjuang aku dan dirimu kerana Allah tidak akan pernah kita untuk mati bersama walaupun nyawa galang gantinya tidak akan sekali-kali kita berundur walau selangkah cuma.

 Berpantang ajal sebelum maut....selagi Allah bersama tidak akan pernah aku merasa takut dan gentar pada tohmahan manusia yang tidak memberi kesan walau sebesar kuman cuma. Kata-kata nista kutelan dan kunikmati dengan ucapan Alhamdullillah dan aku mampu terus tersenyum. Tidak akan sekali-kali aku menghukum mereka kerana itu bukan hak aku hanya Allah yang bisa menghukum mereka kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Aku sentiasa berserah dan berlindung disebalik keangungan kuasa Allah. Tiada satu pun kuasa yang dapat menandingi kuasa yang Esa. Kebenaran akan tetap terserlah hanya masa yang akan menentukan. Setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya.

  Sayangku......terima kasih kuucapkan kerana sudi membawa aku ke dalam perjuanganmu. Terima kasih kerana membimbing aku ke jalan yang diredhai Allah. Doaku semoga kita akan terus bersatu dalam perjuangan menegakkan kebenaran demi bangsa dan agama......


                     Kaulah panglima kaulah laksamana,
                     Akulah puteri akulah suri,
                     Kaulah kekasih kaulah cahaya,
                     Walaupun aku mawar berduri.

                     Kerana aku adalah aku,
                     Dan kau adalah engkau,
                     Dahulu kita pernah bersatu,
                     Kini kembali menjadi satu.

                     Satu cinta satu rasa,
                     Satu harapan satu perjuangan,
                     Berjuang bersama walau dimana,
                     Demi bangsa dan kebenaran.
                    


 

Tuesday, September 21, 2010

Misteri dalam hidup......

 Mengungkai misteri dalam hidup demi mencari siapa aku dalam aku......

 Dari gunung datangnya aku,
 Ke gunungku ingin aku kembali,
 Tujuh lautan telah kurentasi,
 Tujuh gunung telah kutakluki,
 Kerana rajukku aku membawa diri,
 Kerana kasihku aku kembali,
 Bersatu aku dalam aku kini,
 Bersamamu kembali demi sebuah sumpah abadi........

 Zaman-berzaman aku mencari,
 Akhirnya kutemui jua warisku,
 Dalamnya adanya aku,
 Bersatu aku dalam aku,
 Terpatri sudah janjiku pada aku,
 Panggillah serulah aku kerana kau dan aku adalah satu.....

 Bertaut kasihku padamu kerana tulus hatimu,
 Berpadu jiwa kau dan aku menjadi satu,
 Berjanji bersumpah setia bersaksikan Allah yang satu,
 Biar berpisah kita tetap akan bertemu,
 Zaman-berzaman aku setia padamu,
 Kembaliku kini kerana kasihku akan dirimu......

 Bersamalah kita berjuang demi yang Esa,
 Pantangku berundur sekali aku mara,
 Doaku moga kau dan aku sentiasa bersama,
 Berjuang demi nusa dan bangsa,
 Kerana kita berjuang bersama-sama,
 Demi janji dan sumpah setia......

 Umpama puteri dan laksamana,
 Berdua kita disatu kerana yang Esa,
 Berdoalah moga kita akan terus bersama,
 Terlerai sudah sumpah setia,
 Damailah aku disana......

 Bersemayam aku ditahtaku,
 Bersiram aku ditempatku,
 Namun aku tetap dalam aku,
 Carilah aku dalam aku,
 Kerana kau dan aku adalah satu.......

Meniti hari.....

 Dalam menempuh perjalanan ini tidak pernah aku duga akan kutemui seorang insan yang begitu memahami diri ini. Dalam kesamaran kau suluh jalan buat diriku agar aku tidak tersesat dan menyimpang dari landasan yang direhdai. Di saat airmataku tumpah kau sentiasa disisi menemani diriku namun tidak kusedari bahawa kaulah yang dicari... Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui telah dihadirkannya seorang insan yang begitu tulus menemani hari sepiku.....Tanpa ku sedari aku telah jatuh cinta padanya walaupun aku cuba nafikan. Ya Allah sesungguhnya aku hampir menjadi manusia kufur pada nikmatMu. Alhamdullillah aku tersedar bahawa aku telah menemuinya dalam tidak ku sedar.

 Bimbinglah aku ke jalan yang diredhai semoga akan mendapat rahmatNya. Kau memberi harapan dan sinar buat anak-anakku yang dahagakan kasih sayang seorang bapa. Kau curi hatiku tanpa aku sedari bila kau menyepi baru kusedari aku rindukan dirimu. Namun cuba aku nafikan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dibukakan pintu hatiku untuk mengenali erti sebuah kehidupan yang dipenuhi dengan nikmatNya. Ku panjatkan doa padaMu Ilahi semoga aku dan kau akan bersatu di alam nyata.

 Seolah-olah sudah berzaman kita berkasih sayang walau hakikatnya aku hanya mengenalimu untuk tempoh yang sedetik cuma. Bagaikan kita pernah dipertemukan dan disatukan tapi terpisah kerana keadaan dan situasi yang terlalu sukar untuk hubungan kita. Namun seteguh sumpah dan janji kita dipertemukan di zaman yang lain. Anehkan tapi itulah yang kurasakan....pertemuan kita mengakhiri sumpah yang dipatri. Betapa terlalu banyak yang pernah kita lalui berkurun bersama kini pasti kita akan menyatu mengakhiri sumpah yang pernah dilafazkan bersama. Aku bagaikan puteri dan kau laksamana hulubalang terbilang yang begitu teguh pada sumpah untuk hidup bersama. Ya Allah satukan kami zahir dan batin dunia dan akhirat....

 Ya Allah Ya Rob...sesungguhnya padaMu aku berserah agar hubungan ini mendapat keberkatan dan rahmat dariMu. Setulus hatimu sesuci kasihmu dan sesungguhnya aku bahagia dan damai di sampingmu. Jadilah ketua yang membimbing aku dan anak-anak ke jalan yang diredhai. Aku tahu kau mampu kerana sesungguhnya aku percaya pada ketentuan Ilahi yang kau tercipta untukku. Zaman-berzaman aku setia menantimu setiap kali kuseru namamu kau sentiasa menghadirkan diri begitu utuh kasih kita. Setiap langkahku terasa getar jantungmu...setiap lenaku terasa desus nafasmu begitu dekatnya kau padaku.

  Misterinya kisah kita hanya Allah yang Mengetahui..... Engkau dan aku bersatu menjadi satu berakhir sudah sumpah yang dilafaz. Mencari aku dalam aku serulah aku kerana kau mengenali aku. Dengari suara hatimu pasti kau akan mengenali aku. Restu ayahanda dan bonda sentiasa bersama kita pasti kau akan kenali aku..... Aku ada dalam hatimu sejak zaman-berzaman suatu masa kau akan kenaliku kerana kita pernah menyatu....

Sunday, September 5, 2010

Demi masa......

  Sesungguhnya aku telah lalai dalam hidup ini...... Terlalu banyak yang telah kulakukan dan tanpa sedar hanya untuk keindahan duniawi. Setiap yang berlaku itu sebenarnya adalah pengajaran dan sesungguhnya demi masa aku akhirnya tersedar. Dunia ini sentiasa berputar begitu juga dengan masa sentiasa bergerak tanpa menungguku dari situ aku mula berfikir sampai bilakah aku akan terus hidup tanpa tujuan.

  Tanpa kuduga Allah telah menghantar insan yang menyedarkan aku bahawa waktu itu amat berharga dan janganlah dibiarkanlah berlalu tanpa melakukan perkara yang berfaedah. Setiap manusia mempunyai pengalaman yang pahit dan perit jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna. Apa yang penting redha dengan setiap berlaku dan yakin pada Allah akan sentiasa ada disisi kita. Setiap kejadian itu ada hikmah kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap makhluknya. Tanpa ujian aku tidak mungkin akan menjadi seperti hari ini. Percaya dan yakin kepada kuasa Allah walaupun sesusah macam mana pun kita pasti akan mampu tersenyum.

  Dalam mencari persahabatan kita akan semakin tersedar bahawa tidak mudah untuk mengenali seseorang itu ikhlas. Setelah bertahun kutemui sebuah keluarga yang terbaik kerana sentiasa memberi dan menerima dengan seikhlas hati. Setiap perkara dilakukan dengan secara berjemaah dan bermuzakarah kerana bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat. Jangan sesekali buat sesuatu itu tanpa bermuzakarah. Bila bercerita meluahkan segala yang terbuku pasti kita akan rasa lega. Untuk kenali sahabat atau lawan bila kita luahkan bila cerita itu tersebar maka kita akan dapat kenali sahabat atau lawan. Sebagai khalifah di muka bumi kita harus sedar apa tugas kita.

   Sabar, amanah dan ikhlas perlulah kita sentiasa dipraktikkan agar kita akan dapat redha dan sentiasa memaafkan setiap kesalahan yang dilakukan pada kita. Allah itu Maha Adil jadi janganlah kita menghukum orang lain kerana itu adalah hak Allah. Sebagai manusia kita jangan terlalu cepat melatah dan membiarkan amarah menguasai diri. Kerana bila amarah menguasai diri kita tidak akan mampu membuat keputusan dengan betul. Sebaiknya dikala amarah melanda kita berehat dan memikir dahulu buruk dan baik jika kita meluahkannya. Adakala lebih baik kita berdiam diri dulu jika ianya akan mendatangkan keburukan. Biarlah kita bersabar kerana ia akan mengajar kita menjadi lebih tabah.

  Sesungguhnya demi masa kita sebagai manusia suka lalai dan alpa pada hakikat yang kita sepatutnya menjalankan amanah yang telah diberikan. Sesungguhnya Allah itu Esa maka setiap yang berlaku itu pasti akan hikmahnya. Janganlah kita lalai dan leka dengan keindahan duniawi. Kerana ia hanyalah pinjaman semata-mata apa yang pasti kita pasti akan menuju ke alam abadi. Carilah bekalan untuk dibawa kesana cukupkah apa yang aku lakukan amalan ku akan bawa aku ke syurga dan ke neraka. Ya Allah berikanlah aku cahaya semoga aku akan terus berada dilandasan yang benar. Tetapkanlah hati aku pada jalanMu jangan walau sedetik pun aku lalai dari pegangan ku yang satu ini. Aku mahu sentiasa berada dibawah panji-panjimu....

   

Saturday, September 4, 2010

Andai ku tahu.......

http://www.youtube.com/watch?v=TwFR7Gkd1kU
  Tatkala menjelang dinihari hati ini seolah digamat untuk aku mencatatkan luahan rasa yang aku sendiri tidak pasti akan maksudnya. Entah mengapa lagu ini menjadi ilham untukku sedangkan di hatiku masih belum ada yang melamar untuk mengisi kekosongan tapi apa yang kuinginkan adalah sama seperti lagu itu. Aku ingin mencari insan yang sudi bersama-sama dengan ku dan berjuang bersama. Masih adakah lelaki yang akan seperti itu dalam dunia ini. Hanya pada Allah aku bermohon agar dipertemukan dengan lelaki yang sabar, amanah dan ikhlas. 
  
 Dalam tidak sedar ku makin terasa akan kekosongan yang ada dihati ini. Walaupun yang tersuratnya aku mampu untuk hidup sendiri tapi yang tersirat akan terluah jua. Betapa agungnya kuasamu Ya Allah kerana walau ku cuba untuk memperlihatkan diri sebagai wanita yang mampu hidup tanpa lelaki tapi kau bukakan jua yang tersirat. Betapa kerdilnya diri ini dibawah keangunganmu Ya Allah. Apa yang pasti kini aku bermohon padamu pertemukanlah aku dengan teman hidupku yang kuimpikan. Bukan harta dunia yang kuimpikan hanya cukup seorang lelaki yang mampu membimbingku ke jalan yang diredha Ilahi. Harta dunia hanya pinjaman semata hanya amalan yang akan dibawa kesana.

  Ajal dan maut, jodoh dan pertemuan di tangan Allah........ Tidak mungkin sebagai manusia aku bisa mengetahui bila dan dimana akan kutemui sang kekasih yang akan sudi menemani aku dan memetikku sebagai surinya. Andai ku tahu pasti aku akan bersedia namun yang pasti aku sendiri tiada jawapan. Kerana kita sebagai makhlukNya tentulah tidak mampu mendahului keputusanNya. Walau ada yang cuba mendekati tapi aku dapat rasakan yang mereka tidak ikhlas dan hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diriku hanya kerana aku seorang janda. Tidak mereka tahu aku juga ada maruah dan harga diri. Janganlah status dan penampilanku dijadikan ukuran maka dianggap aku boleh diperlakukan sesuka hati. Inilah manusia hari ini terlalu mudah melupakan akan batas yang dibenarkan Allah. Aku hanya mahu mencari teman yang menerima aku seadanya kerana aku bukan wanita yang sempurna.

   Dalam hati ada rasa dalam jiwa ada rindu pada siapa aku sendiri tidak pasti. Semoga Allah akan membantu aku dalam pencarian ini. Sesungguhnya padaMu aku berserah agar aku dipertemukan dengan insan yang ikhlas mencintaiku. Mencari dalam kesamaran semoga hijabku akan terbuka luas agar dapat kulihat dengan telus, agar dapat kudengari dengan jelas, agar dapat ku berfikir dengan waras, agar dapat kunilai dengan betul. Ya Allah perkenankanlah permintaanku ini....hanya padamu aku bermohon bukakanlah hijab yang menutupi pancainderaku agar aku tidak tersesat.
  
  Pencarianku belum berakhir........

Thursday, September 2, 2010

cinta yang hadir tanpa disedar..........................

   Disaat hati ini mula rasa pudar seakan-akan ada sesuatu hadir memberitahu bahawa hidup ini perlukan cinta. Cinta yang amat luas definisinya........Cinta kepada Allah, cinta kepada RasulNya, cinta pada para MalaikatNya, cinta pada para WaliNya, cinta pada kedua orang tuaku, cinta pada anak-anakku, cinta pada keluargaku, cinta pada guru-guruku, cinta pada pemimpin, cinta pada tanahairku, cinta pada khalifah dibumi Allah dan yang pasti aku mulai rasa cinta yang hadir pada seseorang yang masih samar...... Dalam tidak sedar aku telah menafikan hak aku untuk mencintai dan dicintai oleh kaum adam. Kini ku sedar Allah menjadi manusia itu hidup berpasangan dan tidak mungkin aku mampu mengatasi apa yang telah diaturkan oleh Maha Pencipta. Walaupun aku dikelilingi keluarga dan sahabat andai dan aku sentiasa berada dalam perlindungan Allah S.W.T namun jauh disudut hati aku seolah-olah mencari sesuatu. Sunyikah hatiku kerana sebagai makhlukNya aku juga mempunyai keinginan untuk dikasihi oleh insan lain yang bernama kaum adam.

   Bila ku kenang masa lalu aku jadi takut pada kegagalan yang lampau. Namun aku yakini Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pasti di suatu saat akan hadir seorang insan yang akan menyayangi dan mencintai aku seikhlas hatinya kerana Allah dan bukan kerana siapa aku. Aku sentiasa berdoa akan hadirnya insan yang jujur dan tulus menerima aku seadanya kerana aku adalah aku. Aku adalah khalifah di bumi Allah yang merdeka yang mempunyai amanah untuk ku tunaikan sebagai makhluk yang diciptaNya. Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana aku tersedar dari egoku sendiri bahawa wanita itu memerlukan lelaki dalam hidupnya sebagai pelindung dan ketua dalam keluarga. Biarpun aku cuba nafikan namun telah ditentukan oleh Allah manusia itu hidup berpasangan. Tidak akan ku lawan apa yang telah ditakdirkan Allah untukku kerana hanya Dia yang berhak ke atas hidup dan matiku. Ya Allah sesungguhnya padamu ku berserah hidup dan matiku hanya untukMu.

   Disaat umat islam mula membuat persiapan untuk berhari raya aku pula mempersiapkan diri untuk mendapatkan cinta yang agung.....Cinta dari Allah. Memberi dan menerima pasti itu adalah ketentuannya, jika aku mencintai Allah pasti aku akan dapat merasai betapa nikmatnya hidup ini.Semakin ku dekat padaNya semakin kurasa betapa aku selama ini kufur dengan nikmatNya. Betapa dengan egonya aku sering memberitahu aku tidak perlukan lelaki dalam hidupku. Bukankah itu menunjukkan aku manusia yang kufur nikmat. Alhamdullillah ada juga insan yang menyedarkan aku bahawa seorang wanita yang masih memerlukan cinta dari kaum adam.

  Allah telah menciptakan pasangan buatku dan aku perlu mencarinya. Dalam pencarian itu pasti ramai yang akan mengambil kesempatan namun aku tahu bahawa Allah akan melindungi dan menjagaku. Selagi aku berlindung dibawah Nur Allah pasti Dia akan melindungi aku dari manusia yang berniat serong. Akan ku pertahankan kehormatanku. Dapat kurasa hadirnya seseorang memenuhi kamar hatiku namun aku masih tidak pasti. Masih samar-samar.....Ya Allah buka lah hijab dari mata hatiku agar bisa aku melihat dengan jelas segala-galanya.....