Thursday, September 2, 2010

cinta yang hadir tanpa disedar..........................

   Disaat hati ini mula rasa pudar seakan-akan ada sesuatu hadir memberitahu bahawa hidup ini perlukan cinta. Cinta yang amat luas definisinya........Cinta kepada Allah, cinta kepada RasulNya, cinta pada para MalaikatNya, cinta pada para WaliNya, cinta pada kedua orang tuaku, cinta pada anak-anakku, cinta pada keluargaku, cinta pada guru-guruku, cinta pada pemimpin, cinta pada tanahairku, cinta pada khalifah dibumi Allah dan yang pasti aku mulai rasa cinta yang hadir pada seseorang yang masih samar...... Dalam tidak sedar aku telah menafikan hak aku untuk mencintai dan dicintai oleh kaum adam. Kini ku sedar Allah menjadi manusia itu hidup berpasangan dan tidak mungkin aku mampu mengatasi apa yang telah diaturkan oleh Maha Pencipta. Walaupun aku dikelilingi keluarga dan sahabat andai dan aku sentiasa berada dalam perlindungan Allah S.W.T namun jauh disudut hati aku seolah-olah mencari sesuatu. Sunyikah hatiku kerana sebagai makhlukNya aku juga mempunyai keinginan untuk dikasihi oleh insan lain yang bernama kaum adam.

   Bila ku kenang masa lalu aku jadi takut pada kegagalan yang lampau. Namun aku yakini Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pasti di suatu saat akan hadir seorang insan yang akan menyayangi dan mencintai aku seikhlas hatinya kerana Allah dan bukan kerana siapa aku. Aku sentiasa berdoa akan hadirnya insan yang jujur dan tulus menerima aku seadanya kerana aku adalah aku. Aku adalah khalifah di bumi Allah yang merdeka yang mempunyai amanah untuk ku tunaikan sebagai makhluk yang diciptaNya. Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana aku tersedar dari egoku sendiri bahawa wanita itu memerlukan lelaki dalam hidupnya sebagai pelindung dan ketua dalam keluarga. Biarpun aku cuba nafikan namun telah ditentukan oleh Allah manusia itu hidup berpasangan. Tidak akan ku lawan apa yang telah ditakdirkan Allah untukku kerana hanya Dia yang berhak ke atas hidup dan matiku. Ya Allah sesungguhnya padamu ku berserah hidup dan matiku hanya untukMu.

   Disaat umat islam mula membuat persiapan untuk berhari raya aku pula mempersiapkan diri untuk mendapatkan cinta yang agung.....Cinta dari Allah. Memberi dan menerima pasti itu adalah ketentuannya, jika aku mencintai Allah pasti aku akan dapat merasai betapa nikmatnya hidup ini.Semakin ku dekat padaNya semakin kurasa betapa aku selama ini kufur dengan nikmatNya. Betapa dengan egonya aku sering memberitahu aku tidak perlukan lelaki dalam hidupku. Bukankah itu menunjukkan aku manusia yang kufur nikmat. Alhamdullillah ada juga insan yang menyedarkan aku bahawa seorang wanita yang masih memerlukan cinta dari kaum adam.

  Allah telah menciptakan pasangan buatku dan aku perlu mencarinya. Dalam pencarian itu pasti ramai yang akan mengambil kesempatan namun aku tahu bahawa Allah akan melindungi dan menjagaku. Selagi aku berlindung dibawah Nur Allah pasti Dia akan melindungi aku dari manusia yang berniat serong. Akan ku pertahankan kehormatanku. Dapat kurasa hadirnya seseorang memenuhi kamar hatiku namun aku masih tidak pasti. Masih samar-samar.....Ya Allah buka lah hijab dari mata hatiku agar bisa aku melihat dengan jelas segala-galanya.....

No comments:

Post a Comment