Tuesday, October 5, 2010

Bukan berpisah namun tidak bersama.....

   Disaat aku mendengar lagu ayat-ayat cinta nyanyian Rossa hati ini menjadi sayu kerana ianya seolah-olah mengambarkan jalan cerita kisah cintaku. Sesungguhnya aku mencintai dirinya kerana Allah dan RasulNya telah aku berjanji bersumpah setia aku akan mencintai dirinya selagi aku cintakan Allah dan RasulNya. Begitu dalam cintaku pada dirinya namun apakan daya halangan pasti akan sentiasa ada. Begitulah kitaran hidup manusia kita sentiasa diuji olehNya untuk melihat sejauh mana kita akan mampu bertahan. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani diuji kita kerna kasihnya pada kita. Dia akan menguji setakat mana kita mampu bertahan dan kita pasti akan dapat merasai nikmatnya kelak andaikata kita sabar dan tabah menghadapinya. Jangan dibiar amarah menguasai diri kerna sesungguhnya syaitan itu amat suka pada sifat amarah.


    Biarlah aku beralah andai itu bisa menjadikan suasana tenang namun untuk melepaskan dirimu itu adalah mustahil.. Kerna kau sudah berjanji untuk bersamaku walau diamana dan kemana kau pergi. Janjimu untuk sentiasa menjagaku walau dimana berada.... Hidupku matiku kerana Allah selagi aku bernafas aku akan tetap menunggumu. Katamu kita tidak akan berpisah namun kataku kita tidak bersama. Akan ku nantimu dipintu syurga andai ajal menjemputku sebelum sempat kita bersatu. Bagiku kaulah kekasihku dunia dan akhirat telah ku bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya kau adalah kekasihku dunia dan akhirat. Andai kita tidak bisa bersama tidak mengapa asalkan kita tidak berpisah itulah pinta aku. Bukan harta kekayaan mahupun apa-apa pun yang duniawi yang aku inginkan cukuplah sekadar cinta ikhlas kernaNya.....


   Kekasihku, berdoalah kita pada yang Esa Tuhan Pemunya Kerajaan Langit dan Bumi agar kita mendapat rahmat serta mendapat syafaat Rasulullah dan direstui para WaliNya. Mudah-mudahan impian kita akan menjadi kenyataan. Hanya kepada Dia aku berseru maka jika Dia mengkehendaki pasti kita akan bersatu. Sudah tertera di Lauh Mahfuz sesungguhnya kita telah ditakdir bersama. Biar bertahun namun aku akan tetap menanti saat kita diijabkabulkan. Biar apa halangan yang menimpa aku tahu kita akan mampu hadapi bersama kerna kita bertemu kernaNya kita bersatu kerna Dia. Jika Dia mengkehendaki Jadi Maka Jadilah..... Aku akan terus setia menanti dengan penuh kesabaran. Aku bersujud kepadaMu Ilahi memohon agar kami menjadi suami istri yang sah.


  Sayangku....manjamu tidak akan berpaling dari mencintai dirimu sebagaimana tidak akan aku berpaling pada kitab suci Al-quran disaat bacaan dialunkan. Bagimu aku putri yang dicari dan yang kau cintai dan buatku kaulah panglima yang akan sentiasa menjagaku. Cinta kita kerna yang Satu. Biarlah ramai yang mengeji dan mencaci namun tidak akan aku peduli kerana aku mencintai kau sepenuh hati. Ya Allah Tuhan Semesta Alam padaMu aku berserah diri sesungguhnya kau Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Qada' dan Qadar kuterima dengan lapang dada kerna aku tahu semua itu datang dariMu Tuhan yang Maha Penyayang dan Mengasihani lagi Maha Bijaksana. Tiada sedikit rasa sesal dihati ini terhadap ujian malahan aku bersyukur kerana sesungguhny Engkau menunjukkan kasihMu pada kami.


    Tatkala bening pagi aku semakin rasa kedinginan menembusi tulangku namun kehangatan cintamu menjadikan aku segar. Terasa degupan jantungmu hembusan nafasmu berada disisiku walaupun aku bersendirian. Indahnya perasaan yang kita kongsi bersama tidak pernah kurasa begini sebelum ini. Aku rela tidak dapat bersamamu namun aku tidak sanggup berpisah dengan dirimu. Setiap detik setiap waktu aku mengingatimu sebagaimana aku mengingati Tuhanku. Wahai Nabi Allah Kekasih Allah tolonglah kami bantulah kami kerana Allah jadikan kami dalam syafaatmu......


    Sayangku.....
    Tiada kata seindah bahasamu
    Tiada yang mampu aku ungkap buatmu
    Budimu terlalu banyak buatku
    Cintamu begitu dalam begitu suci padaku
    Kasihmu setulus embun menitis 
    Sayangmu seindah kuntuman bunga yang mekar
    Hingga aku terpana dan terpaku
    Tidak mampu kubalas dengan kata-kata
    Hanya sekadar sumpah setia
    Akan kucintai dirimu
    Selagi aku mencintai Allah dan RasulNya
    Semoga cinta kita direstui para waliNya
    Dibawah syaafat Nabi Rasul Allah kita berada
    Mudah-mudahan doa kita didengari Ilahi
    Di Aminkan oleh para WaliNya........


    

No comments:

Post a Comment