Friday, October 1, 2010

Menanti.....

Aku.....

Semakin aku cuba untuk hindari
Semakin dekat kau hampiri
Semakin cuba aku nafi
Semakin dekat kau dihati
Semakin cuba aku lari
Semakin dekat kau berdiri
Semakin cinta bersemi
Semakin aku takut diri sendiri
Semakin cuba untuk ku selami
Semakin aku lemas disini
Semakin aku cuba berhati-hati
Semakin dalam cinta dihati
Bertanya aku pada diri sendiri
Ini realiti atau hanya sebuah mimpi
Berilah  aku jawapan yang pasti
Wahai kekasih hati.......


     Kutahu kita telah lama kenal namun bagaikan aku dikejutkan dari lena yang panjang disaat kau katakan kau cinta akan diriku. Terdiam terkaku aku seketika kerana aku tidak pernah menyangka bahawa kau yang sentiasa ada disisi dalam diam mencintai diriku. kau mencintaiku kerana katamu kau melihatku dari dalam bukan hanya dari pandangan mata kasar. Sungguh tidakku menyangka akan keikhlasan hatimu. Bertahun kita menjadi teman yang rapat tanpa dapat ku baca isi hatimu, namun kau sentiasa ada disisi disaat aku memerlukan pertolongan. Kau sentiasa memujuk disaat aku bersedih dan kau sentiasa menghiburkan hati dikala aku marah. Arggh...betapa anehnya realiti kehidupan....

   Kau melamar aku menjadi suri hidupmu dan aku menerimanya tanpa rasa ragu kerana aku tau kau ikhlas. Restu telah diberi kini kita hanya menanti masa yang pasti. Hati ini semakin berdebar menanti saat yang pasti aku menjadi milikmu untuk selamanya. Berjanji kita bersumpah setia sejak Lauh Mahfudz kini janji yang dipatri semakin menjadi realiti. Aku, kau dan Dia.....bersatu kita keranaNya. Bersama kita melangkah seiring-sejalan tanpa ada rasa ragu dan sangsi lagi. Aku menyakini ketentuan Ilahi yang telah tersurat dan segala yang tersirat.


No comments:

Post a Comment