Thursday, September 30, 2010

Kasihku disini....

    Walau ke mana aku pergi walau di mana aku berada kasihku tetap disini. Aku tetap akan kembali bila mana aku dikehendaki. Kerana kasih tidak akan sekali aku biarkan dirimu sendiri kerana kau puteriku. Telah ku pesan berkali-kali aku akan tetap ada disisi selagi diri dirindui oleh sang puteri kesayangan. Kaulah kasih kaulah permata hati hadirmu menjadi penyeri. Selembut sutera sesejuk air dikali itu caraku memberi nasihat kerana ku tahu puteriku hatimu begitu halus walau cuba kau sembunyi.Tidak sekali-kali aku meninggi suara kerana rajukmu amat panjang sekali. Begitulah kasihku padamu puteri manjaku.

   Selawat dan salam sering ku dodoi buat tidurmu agar lena dan tenang. Kerana kukenali apa yang kau minati. Walaupun kau sudah dimiliki namun kasihku tetap akan bersamamu selamanya. Air dicincang tak akan putus begitu jualah kita wahai puteri. Walau diri tidak lagi kau kenali namun aku tetap ada dihati. Selagi ada bulan dan matahari telah ku berjanji untuk menjaga kau wahai sang puteri. Kasihku kasih sejati walau cintamu untuk dirinya. Kerana aku tahu segalanya adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Berteman aku dengan sepi namun aku bahagia kerana lihat kau tersenyum bahgia. Biarlah aku menjadi penjaga menghalang segala niat buruk manusia kerana kasihku yang tidak berbelah bahagi buat dirimu sang puteri.

   Ku tahu aku kau rindui walau diri tidak kau kenali lagi. Setiap kali kau mendengar bacaan ayat-ayat suci setiap kali kau mendengar alunan marhaban selawat dan salam aku tahu kau rindui diri ini. Kita pernah manjadi teman namun cintamu bukan buat diriku. Cintamu pada sang panglima laksamana gagah perkasa yang bijak berkata-kata. Kerana kasih akan dirimu kutemani kau mencari dia sang kekasih hati. Sanggup aku mengkhianati adik-beradikku demi mempertahan kalian berdua. Kita sentiasa bersama berpadu tenaga membantu sang panglima laksamana terbilang dalam diam tanpa dia sedar.Setiapkali ku lihat kesakitanmu setiap kali ku lihat air matamu aku menjadi sedih. Telah aku berjanji bersumpah setia tidak akan biarkan kau menanggungnya sendiri. Aku akan sentiasa menjaga dirimu wahai puteri walau kemana kau pergi.Usah kau risau usah kau gusar kau tetap dihati. Akan aku setiasa berada disisi didalam jaga dan tidurmu.

    Tidak pernah terlintas dihati untuk pergi apatah lagi menjauhkan diri aku tetap akan berada sisi kerana kau puteri pujaan hati. Usah kau gentar usah kau sangsi teruskan langkahmu memberi bakti kerana aku akan sentiasa disisi membantu. Kerana kasihku padamu wahai sang puteri biarlah aku menjadi lilin membakar diri agar kau tersenyum bahgia. Aku, kau dan dirinya akan tetap bersama menjadi satu buat selamanya. Aku akan sentiasa berada disisi wahai puteri yang kukasihi.............




No comments:

Post a Comment