Sunday, September 5, 2010

Demi masa......

  Sesungguhnya aku telah lalai dalam hidup ini...... Terlalu banyak yang telah kulakukan dan tanpa sedar hanya untuk keindahan duniawi. Setiap yang berlaku itu sebenarnya adalah pengajaran dan sesungguhnya demi masa aku akhirnya tersedar. Dunia ini sentiasa berputar begitu juga dengan masa sentiasa bergerak tanpa menungguku dari situ aku mula berfikir sampai bilakah aku akan terus hidup tanpa tujuan.

  Tanpa kuduga Allah telah menghantar insan yang menyedarkan aku bahawa waktu itu amat berharga dan janganlah dibiarkanlah berlalu tanpa melakukan perkara yang berfaedah. Setiap manusia mempunyai pengalaman yang pahit dan perit jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna. Apa yang penting redha dengan setiap berlaku dan yakin pada Allah akan sentiasa ada disisi kita. Setiap kejadian itu ada hikmah kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap makhluknya. Tanpa ujian aku tidak mungkin akan menjadi seperti hari ini. Percaya dan yakin kepada kuasa Allah walaupun sesusah macam mana pun kita pasti akan mampu tersenyum.

  Dalam mencari persahabatan kita akan semakin tersedar bahawa tidak mudah untuk mengenali seseorang itu ikhlas. Setelah bertahun kutemui sebuah keluarga yang terbaik kerana sentiasa memberi dan menerima dengan seikhlas hati. Setiap perkara dilakukan dengan secara berjemaah dan bermuzakarah kerana bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat. Jangan sesekali buat sesuatu itu tanpa bermuzakarah. Bila bercerita meluahkan segala yang terbuku pasti kita akan rasa lega. Untuk kenali sahabat atau lawan bila kita luahkan bila cerita itu tersebar maka kita akan dapat kenali sahabat atau lawan. Sebagai khalifah di muka bumi kita harus sedar apa tugas kita.

   Sabar, amanah dan ikhlas perlulah kita sentiasa dipraktikkan agar kita akan dapat redha dan sentiasa memaafkan setiap kesalahan yang dilakukan pada kita. Allah itu Maha Adil jadi janganlah kita menghukum orang lain kerana itu adalah hak Allah. Sebagai manusia kita jangan terlalu cepat melatah dan membiarkan amarah menguasai diri. Kerana bila amarah menguasai diri kita tidak akan mampu membuat keputusan dengan betul. Sebaiknya dikala amarah melanda kita berehat dan memikir dahulu buruk dan baik jika kita meluahkannya. Adakala lebih baik kita berdiam diri dulu jika ianya akan mendatangkan keburukan. Biarlah kita bersabar kerana ia akan mengajar kita menjadi lebih tabah.

  Sesungguhnya demi masa kita sebagai manusia suka lalai dan alpa pada hakikat yang kita sepatutnya menjalankan amanah yang telah diberikan. Sesungguhnya Allah itu Esa maka setiap yang berlaku itu pasti akan hikmahnya. Janganlah kita lalai dan leka dengan keindahan duniawi. Kerana ia hanyalah pinjaman semata-mata apa yang pasti kita pasti akan menuju ke alam abadi. Carilah bekalan untuk dibawa kesana cukupkah apa yang aku lakukan amalan ku akan bawa aku ke syurga dan ke neraka. Ya Allah berikanlah aku cahaya semoga aku akan terus berada dilandasan yang benar. Tetapkanlah hati aku pada jalanMu jangan walau sedetik pun aku lalai dari pegangan ku yang satu ini. Aku mahu sentiasa berada dibawah panji-panjimu....

   

No comments:

Post a Comment