Tuesday, September 21, 2010

Misteri dalam hidup......

 Mengungkai misteri dalam hidup demi mencari siapa aku dalam aku......

 Dari gunung datangnya aku,
 Ke gunungku ingin aku kembali,
 Tujuh lautan telah kurentasi,
 Tujuh gunung telah kutakluki,
 Kerana rajukku aku membawa diri,
 Kerana kasihku aku kembali,
 Bersatu aku dalam aku kini,
 Bersamamu kembali demi sebuah sumpah abadi........

 Zaman-berzaman aku mencari,
 Akhirnya kutemui jua warisku,
 Dalamnya adanya aku,
 Bersatu aku dalam aku,
 Terpatri sudah janjiku pada aku,
 Panggillah serulah aku kerana kau dan aku adalah satu.....

 Bertaut kasihku padamu kerana tulus hatimu,
 Berpadu jiwa kau dan aku menjadi satu,
 Berjanji bersumpah setia bersaksikan Allah yang satu,
 Biar berpisah kita tetap akan bertemu,
 Zaman-berzaman aku setia padamu,
 Kembaliku kini kerana kasihku akan dirimu......

 Bersamalah kita berjuang demi yang Esa,
 Pantangku berundur sekali aku mara,
 Doaku moga kau dan aku sentiasa bersama,
 Berjuang demi nusa dan bangsa,
 Kerana kita berjuang bersama-sama,
 Demi janji dan sumpah setia......

 Umpama puteri dan laksamana,
 Berdua kita disatu kerana yang Esa,
 Berdoalah moga kita akan terus bersama,
 Terlerai sudah sumpah setia,
 Damailah aku disana......

 Bersemayam aku ditahtaku,
 Bersiram aku ditempatku,
 Namun aku tetap dalam aku,
 Carilah aku dalam aku,
 Kerana kau dan aku adalah satu.......

No comments:

Post a Comment