Tuesday, September 21, 2010

Meniti hari.....

 Dalam menempuh perjalanan ini tidak pernah aku duga akan kutemui seorang insan yang begitu memahami diri ini. Dalam kesamaran kau suluh jalan buat diriku agar aku tidak tersesat dan menyimpang dari landasan yang direhdai. Di saat airmataku tumpah kau sentiasa disisi menemani diriku namun tidak kusedari bahawa kaulah yang dicari... Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui telah dihadirkannya seorang insan yang begitu tulus menemani hari sepiku.....Tanpa ku sedari aku telah jatuh cinta padanya walaupun aku cuba nafikan. Ya Allah sesungguhnya aku hampir menjadi manusia kufur pada nikmatMu. Alhamdullillah aku tersedar bahawa aku telah menemuinya dalam tidak ku sedar.

 Bimbinglah aku ke jalan yang diredhai semoga akan mendapat rahmatNya. Kau memberi harapan dan sinar buat anak-anakku yang dahagakan kasih sayang seorang bapa. Kau curi hatiku tanpa aku sedari bila kau menyepi baru kusedari aku rindukan dirimu. Namun cuba aku nafikan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dibukakan pintu hatiku untuk mengenali erti sebuah kehidupan yang dipenuhi dengan nikmatNya. Ku panjatkan doa padaMu Ilahi semoga aku dan kau akan bersatu di alam nyata.

 Seolah-olah sudah berzaman kita berkasih sayang walau hakikatnya aku hanya mengenalimu untuk tempoh yang sedetik cuma. Bagaikan kita pernah dipertemukan dan disatukan tapi terpisah kerana keadaan dan situasi yang terlalu sukar untuk hubungan kita. Namun seteguh sumpah dan janji kita dipertemukan di zaman yang lain. Anehkan tapi itulah yang kurasakan....pertemuan kita mengakhiri sumpah yang dipatri. Betapa terlalu banyak yang pernah kita lalui berkurun bersama kini pasti kita akan menyatu mengakhiri sumpah yang pernah dilafazkan bersama. Aku bagaikan puteri dan kau laksamana hulubalang terbilang yang begitu teguh pada sumpah untuk hidup bersama. Ya Allah satukan kami zahir dan batin dunia dan akhirat....

 Ya Allah Ya Rob...sesungguhnya padaMu aku berserah agar hubungan ini mendapat keberkatan dan rahmat dariMu. Setulus hatimu sesuci kasihmu dan sesungguhnya aku bahagia dan damai di sampingmu. Jadilah ketua yang membimbing aku dan anak-anak ke jalan yang diredhai. Aku tahu kau mampu kerana sesungguhnya aku percaya pada ketentuan Ilahi yang kau tercipta untukku. Zaman-berzaman aku setia menantimu setiap kali kuseru namamu kau sentiasa menghadirkan diri begitu utuh kasih kita. Setiap langkahku terasa getar jantungmu...setiap lenaku terasa desus nafasmu begitu dekatnya kau padaku.

  Misterinya kisah kita hanya Allah yang Mengetahui..... Engkau dan aku bersatu menjadi satu berakhir sudah sumpah yang dilafaz. Mencari aku dalam aku serulah aku kerana kau mengenali aku. Dengari suara hatimu pasti kau akan mengenali aku. Restu ayahanda dan bonda sentiasa bersama kita pasti kau akan kenali aku..... Aku ada dalam hatimu sejak zaman-berzaman suatu masa kau akan kenaliku kerana kita pernah menyatu....

1 comment:

  1. Sangat puitis dan menyentuh hati..inilah insan yg dicari sudah ku temui..

    ReplyDelete